Tuesday, December 21, 2010

begitu kerdilnya diri ini...tapi..



Salam, buat insan-insan yang sudi untuk meluangkan masa untuk menatap sejenak nukilan insan yang serba daif dan fakir ini...sekadar ingin berkongsi secebis perasaan dan harapan serta kenangan..Dengan izin yang MAHA ESA, kertas kajian kami dipilih untuk ke Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan (NASDEC 2010).Seramai 73 pembentang dari seluruh IPTA diseluruh Malaysia yang rata-rata dari Universiti terkemuka di Malaysia. Ditambah lagi kebanyakkan adalah profesor-profesor dan doktor-doktor belaka...Bila dilihat kepada senarai pembentang, amat menakutkan diri ini yang datang hanya dari kolej komuniti sebagai pensyarah biasa..dan kolej komuniti pertama yang memasuki persidangan seperti ini...Bila masuk dewan pembentangan melihat kepada cara pembentangan yang hebat-hebat dari prof2 dan doktor2..rasa kerdilnya diri ini...tapi aku positif kan diri ini, aku perlu buktikan bahawa pensyarah kolej komuniti juga mampu bersaing dengan pensyarah dari universiti...aku bukan sahaja membawa nama Kolej Komuniti Masjid Tanah, malah aku membawa nama seluruh kolej komuniti seluruh Malaysia..tepat jam 3.00ptg/21/12/2010, aku memulakan pembentangan dengan memperkenalkan kolej komuniti kepada pembentang-pembentang lain...alhamdulillh aku dapat membuat pembentangan seperti yang dirancang...abis sesi pembentangan maka bermulalah sesi soal jawab, disebabkan masa tak cukup hanya satu soalan sahaja yang dibuka oleh pengerusi majlis, ada seorang Dr Mumtaz dari Mara, memberi pendapat dan bertnyakan samada dikolej komuniti mempunyai garis panduan secara detail dalam melaksanakan sistem penasihatan akademik...alhamdulillh aku dapat menjawab seperti yang dikehendaki...abis sahaja pembentangan para pembentang memberi kan tepukan...wah leganya dah abis..segala persepsi dan andaian yang wujud dalam minda aku pun hilang..eheh..malamnya pula ada jamuan makan malam yang ditaja oleh menteri besar Johor...menu chinese pula malam tu..aku pun layan je...syukur dapat berkenalan dengan ramai kenalan-kenalan baru dari pelbagai Universiti dan dapat bertukar-tukar pendapat...mudahan seminar ini menjadi pemacu kepada kesungguhan dalam membuat penyelidikan.

6 comments:

Anonymous said...

tahniah!!!

Anonymous said...

mantap la Lan. Hehe. Ikut jejak Bahril nih. Bahril dah present paper 2x. Chaiyok²

Anonymous said...

well done...

ros said...

tahniah! duta kolej komuniti...bangga sungguh kros

ZAUYAH said...

wah2 tak lama lagi leh jadi prof nie... congratulationsssssss

zsa2 said...

wah...hbtnye kwanku ni...teruskan usaha k...;)