Monday, February 28, 2011

hari-hari akhir sebelum menjadi ketua keluarga...


Salam buat semua hamba-hamba Allah...

Tiada sesuatupun yang berlaku didunia ini tanpa izin dari Allah s.w.t. Begitu jugalah berkenaan dengan musafir kehidupan dibumi Allah yang sangat sementara ini. Seseorang musafir sentiasa sedar bahawa dia hanya akan berada disesuatu tempat atau kawasan dalam tempoh masa yang singkat. Ada sesetengah pendapat menyatakan bahawa musafir didunia ini diibaratkan seperti seseorang yang menunaikan sesuatu hajat didalam tandas, maka setelah selesai hajatnya beredarlah ia dari tandas tersebut. Jangkamasa berada didalam tandas itulah kehidupan didunia. Masa yang singkat inilah pelbagai perkara yang perlu dilunaskan. Belajar, beribadah, bekerja, bernikah, berkeluarga, dan lain-lain.

Belajar;
Dari dalam perut ibu hinggalah ke hujung nyawa proses pembelajaran terus berlaku. Hinggakan ke saat aku sedang menulis dalam blog ni pun adalah suatu proses pembelajaran.


Beribadah
Bermulanya dari akil baligh, maka bermulalah penghisapan ke atas diri setiap anak adam. Segala yang dilakukan akan dipertanggungjawabkan ke atas dirinya.

Bekerja;
Itulah tuntutan dari agama mencari keperluan untuk melangsungkan kehidupan sekadar perlu.

Bernikah;
Menjadi ketua kepada keluarga sesuatu yang besar bagi seseorang lelaki. Saat ini adalah saat yang amat sukar dilupakan.

Berkeluarga;
Anak-anak, cucu-cucu, isteri adalah ujian dalam musafir kehidupan. Awas !!! saya dan anda jangan terleka dengan ujian ini. Waspada....


Menuju ke destinasi seterusnya...destinasi yang tidak seorangpun tahu akan nasibnya..melainkan kekasih-kekasih Allah.

0 comments: