

Tidak semua kegembiraan itu hadir dengan undangan, adakalanya ia muncul tanpa tanda-tanda yang nyata, cuma gerak hati yang bergetar terlalu kuat...
Namun begitu setiap kegembiraan itu akan hadir bersamanya tanggungjawab yang begitu peri hebatnya kuiz dan ujiannya kelak. Meskipun begitu, kegembiraan adalah suatu perkara yang sentiasa dinanti-nantikan oleh setiap makhluk ALLAH.
Kegembiraan dalam bekerja, apabila kerja yang dilaksanakan dapat pengiktirafan atau dihargai oleh pihak berwajib,
Kegembiraan dalam kehidupan untuk mereka yang bujang, apabila dapat bernikah dengan wanita atau lelaki idaman,
Kegembiraan dalam sebuah perkahwinan, apabila hadir sebutir PERMATA menyerikan lagi sebuah perjalanan kehidupan.
Sudah menjadi tertib dunia, ALLAH ciptakan sesuatu berpasang-pasangan.
Hidup-Mati,
Susah-Senang,
Kaya-Miskin,
Gembira-kecewa,
dan berjuta-juta lagi pasangan teori kehidupan dunia,
Namun begitu, kebijaksaan akal dan iman yang sempurna sahaja dapat menerobos sempadan kehidupan dunia ini.
0 comments:
Post a Comment