Friday, July 15, 2011

Matlamat tidak mengHALALkan cara...




Salam Nisfu Syaaban buat kalian, insan-insan terpilih disisi Maha Pencipta.

Acap kali, istilah ini disebut-sebut oleh serataan mahkluk dimuka bumi Malaysia ini, dan ada juga luar dari Malaysia tetapi tidak sekerap Malaysia.

Kehidupan penuh dengan segala matlamat, matlamat yang suci dan murni untuk berjaya ataupun sebaliknya. Walau apapun setiap perjalanan kehidupan adanya matlamat.

Namun begitu, sedar atau tidak matlamat ini juga adakalanya melorongkan diri ke lembah kenistaan dan kedurjanaan kelak.

Untuk mencapai matlamat, pelbagai strategi dirancang supaya matlamat tercapai. Proses mengapai matlamat inilah, manusia akan mula mencubit sedikit demi sedikit cara-cara hitam, yang penting diakhirnya matlamat berjaya.


Wah, indahnya hidup ini...mudah sungguh untuk berjaya...tidak mengikira kawan ataupun lawan..semuanya habis ditebang...yang paling penting aku berada di atas..uhhh...orang lainpun akan buat benda yang sama kalau berada di tempat aku, kata-kata hati seseorang dalam usaha untuk mencapai matlamat...

Contoh mudah dalam kehidupan...perkataan NAIK PANGKAT...senyum bagaikan yang diri ini terpilih untuk memasuki syurga...bila dengar perkataan keramat ini, tidak mengira sektor awam mahupun swasta.

Apa yang ada dengan NAIK PANGKAT?...sehingga rata-rata menjadi tidak keruan.
isshhh mana mungkin tidak ada apa-apa dengan naik pangkat...bisikan hati kecil insan-insan yang sedang mendaki untuk kesana...HATI-HATI DALAM MENDAKI JANGAN SAMPAI MEMIJAK KAWAN DIBAWAH...kata-kata insan sekeliling kepada insan-insan tersebut.


Apa yang terbayang setelah naik pangkat..

1. Gaji semakin tinggi..(ini yang paling disukai)
2. Mempunyai kedudukan..(dipandang tinggi oleh org lain,,hati-hati anda sedang mengundang mudah)
3. Menjadi orang penting dalam sesuatu organisasi...
4. Beban kerja semakin bertambah..(ini yang orang tak suka)


Tidak salah untuk berjaya dalam kareer, tidak salah untuk berada diatas, Islam tidak pernah menghalang, malah menggalakkan untuk membuat sesuatu perkara dengan yang terbaik. Akan tetapi mutakhir ini, matlamat suci untuk berada diatas, dikisar dengannya bersama langkah-langkah keji, menindas dan menjatuh kan orang lain.

Waspada buat saya dan anda...jangan padamkan cahaya dalam hati anda yang telah dinyalakan oleh ALLAH, hanya kerana segenggam pangkat yang berisi DUIT DAN KEDUDUKAN, membuatkan anda dan saya menjadi pengemis di padang pembalasan. Kasihan lah diri ini yang lemah, jangan mudah mengalah dengan pujukan-pujukan dunia yang kelak hempedu tersemat dikerongkong kehidupan...pahit penyesalan yang tidak berkesudahan.

1 comments:

hardy boy said...

saya setuju dgn pendapat tuan.hehehe