Wednesday, August 17, 2011

Loceng Penamat...


Salam perubahan untuk semua...


Kringggggg...tanda tamatnya sesuatu kelas, ketika dizaman persekolahan samada sekolah rendah ataupun menengah. Loceng suatu perkara yang sinonim dalam sejadah percarian ilmu, ketika itu. Akan tetapi manusia adakalanya manusia perlu dicubit semangatnya, supaya sentiasa berterusan dalam mencari ilmu dalam menuju lebuhraya akhirat.

Sedar atau tidak, sesiapapun samada seseorang yang tidak berpelajaran ataupun tidak, setiap detik dalam bermujahadah mencari sesuatu yang diidamkan. Impian-impian ini yang membuat manusia ada ketikanya lupa ataupun buat-buat lupa, atau memang sengaja ingin lupakan peredaran umur kehidupan. Tidak mengenal siang atau malam, pagi atau petang, bulan Ramadan ataupun bulan-bulan lain, sama sahaja bagi mereka. Apa yang paling penting, setiap impian dapat dicapai dengan jayanya, tidak mengira jalan laut ataupun jalan darat, kalau terpaksa gunakan juga jalan udara.

Begitu dasyat impian-impian ini, seperti dirasuk oleh sesuatu kuasa lain. Kuasa ini hanya akan terpadam dan terkubur bersama manusia-manusia sebegini, tatkala sampai loceng penamatnya...

Sungguh kesal yang terAMAT, jika diri ini seperti itu, waspadalah dengan layanan dunia yang begitu lemah-lembut pada jasadnya, akan tetapi sebenarnya begitu keras dan rakus pada rohaninya.

0 comments: