Monday, September 19, 2011

Belajar dan mengajar...



Ramai yang berpusu-pusu mendaftar untuk melanjutkan pengajian tidak kiralah apa jua jenis peringkat. Tidak ketinggalan juga di tempat aku mencari rezeki, seperti suatu virus begitu cepat ia merebak. Sana-sini kedengaran rakan-rakan sibuk berbicara tentang kelas dihujung minggu, tugasan, dan ada juga yang sudah mula menggerakkan lidah yang merah itu untuk berkata..pehhh penat lah...setiap minggu ada tugasan..aku tersenyum tanpa menzahirkan gigi ku yang putih berseri(ehhe)...ada juga rakan dengan nada bergurau berkata...itulah jalan yang kau pilih..itu kata-kata dari rakan yang tidak menyambung pengajian...bagi rakan-rakan yang menyambung pengajian..lain pula melodi dan liriknya...mungkin juga mereka merasai situasi yang sama.

...Selamat meneruskan pengajian dengan jayanya buat rakan-rakan dan juga buat diri ini yang sentiasa berada dalam lembah penerokaan ilmu....

p/s-Mudahan sentiasa betulkan niat menuntut ilmu hanya kerana ALLAH...

1 comments:

ubai said...

=) insyaAllah...semoga Allah sentiasa memelihara kita..niat, perbuatan, kata2 dan perbuatan..amin...