Wednesday, October 12, 2011

Tanggungjawab kehidupan...

Pada 9 Oktober 2011 jam 1.55 pagi adalah tarikh dan masa ibu dan bapaku mendaftar diri untuk ke tanah suci Mekah,kira-kira jam 5.55 pagi tarikh yang sama ibu dan bapaku akan berlepas dari KLIA ke Jeddah.


Kisah perjalanan haji ini bermula kira-kira seminggu sebelum tarikh berlepas, pabila sahaja ibu dan bapa ku mengetahui tarikh dan hari sebenar mereka akan ke tanah suci. Bermulalah saudara-mara, rakan taulan, jiran-jiran datang dan menghamburkan salam kesejahteraan buat ibu dan bapaku supaya sihat untuk melaksanakan segala rukun-rukun haji dan mendapat haji yang mabrur ....amin.
Setiap hari ada sahaja hamba-hamba ALLAH yang hadir untuk ziarah sama ada untuk berkongsi pengalaman ataupun bertanya kabar dan memberi nasihat serta kata-kata semangat buat ibu dan bapa ku.

Kehadiran insan-insan ini tidak putus-putus tidak mengira siang ataupun malam, dan sehinggalah hari terakhir sebelum berangkat melapor diri di Tabung Haji Kelana Jaya. Boleh dikatakan begitu istimewa kurniaan ALLAH terhadap para tetamuNYA sebelum berangkat ke Tanah Suci.


Kronologinya bermula jam 3.00ptg pada 8/10/2011 saudara mara datang dan jiran serta rakan taulan hadir untuk meraikan pemergian bakal jemaah haji.

Jam 3.25ptg- Membuat bacaan Doa selamat sebelum bertolak.

Jam 3.45ptg-Imam Satu Masjid Kampung Kandang hadir dan mengetuai bacaan doa dan ucapan selamat tinggal sebelum keluar dari rumah di susuli dengan laungan azan oleh Pak Ngah(bapa saudara sebelah mak)

Jam 3.55 ptg-Aku membawa ibu dan bapa serta isteri ke masjid kandang untuk solat asar.(Ayah berhajat untuk pergi ke masjid tempat abah selalu solat sebelum bertolak untuk jumpa para jemaah disana)

Jam 4.30 ptg - Selesai solat sesi bersalaman dan waktu ni aku dapat lihat tangisan-tangisan dari rakan-rakan rapat abah ku dan bekas imam masjid memberi amanat-amanat dan nasihat terakhir sebelum pergi. Aku juga dapat rasai sesuatu iaitu perasaan sayu telah hadir dalam diri ini.

..............................Adik-adik mak bersalaman sebelum bertolak........................

Jam 5.00 ptg - Kami mula bergerak kira-kira enam buah kereta bergerak ke Tabung Haji Kelana Jaya


Kira-kira hampir jam 9.00 malam kami semua selamat sampai ke Tabung haji kelana Jaya, syukur semua selamat sampai walaupun ada juga kereta yang sesat.


Bermula dengan menurunkan mak dan abah serta beg2 dan seterusnya aku berusaha mencari parkir yang x kutemui kerana begitu banyak kereta sehinggalah aku memberanikan diri meminta izin untuk tumpang parkir depan rumah orang, perlulah aku berjalan kira-kira 1km.


Begitu ramai orang berada di Tabung Haji Kelana Jaya, mana-mana sahaja kawasan lapang pasti akan ada penghuninya.

Walaupun letih tapi amat seronok dapat bersama-sama saudara-mara meraikan bakal-bakal jemaah haji. Makan beramai-ramai bersama-sama bakal jemaah haji adalah antara saat yang terindah ketika di sana. Dapat aku rakamkan seperti dalam gambar dibawah....dan beberapa gambar insan-insan yang turut serta ke tabung Haji...


............................Aku, isteri dan abah sedang makan lontong+rendang ayam+sambal ikan bilis ..........................


.............................Suasana sekitar Tabung Haji Kelana Jaya.............................


....................................adikku ija dan suami yang banyak membantu............................



..........................Mak Ngah (kakak mak) dan mak....................




.............................Pak Sham (adik mak) dan mak..................



Bergambar beramai-ramai mak, abah, akak aku (lina), busu shidah, mak noi, mak idah dan lain-lain....



....................................Adik bongsu ku bersama mak.............................



.........................Antara sepupu-sepupu yang turut hadir (atika dan adawiyah)..................



.........................Sempat juga aku bergambar beramai-ramai............................




....................Saat yang paling membuat aku .......bila mak dan abah mula 'check in'..........



---------------inilah perjalanan dalam tanggungjawab kehidupan-----------------------------

mak dan abah melaksanakan tanggungjawab terhadap agama iaitu menunaikan tuntutan rukun ISLAM ke lima.....dan aku perlu meneruskan tanggungjwb yang sedia ada isteri, adik-adik, kakak dan......


Mudahan aku diberi kekuatan untuk laksanakan segala tanggungjwb kehidupan...

6 comments:

jas imran said...

alhamdulillah... =)
moga selamat pergi dan selamat sampai...
amiin...

SiTi KhaiRuNniSa said...

lalan..if mak ko kol kirim doa aku .. mntk mak ko doakan aku cpt kawen yek lalan.. cool la .. la tahzan

AbM said...

insyaALLAH...sama2 kita doa

ubai said...

semoga dipermudahkan semunya

Hardy Boy said...

semoga bonda & ayahanda Lan dipermudahkan segala-gala urusan sepanjang pergi sehingga balik daripada sana....

AbM said...

terima kasih semua..